Tuesday 27 December 2011

Penulisan Dakwah : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM


Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , selawat ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W , salam kepada keluarga baginda , para sahabat-sahabat baginda , para tabiin-tabiin dan alim ulama' serta kepada para da'i serta sahabat-sahabat seperjuangan.


“Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ”mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."         - (Al-Baqarah : 30)

"setiap kamu adalah pemimpin , dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin".. untuk apakah manusia dilahirkan dimuka bumi ini.. tahukah wahai sahabat-sahabat?? Allah menjadikan setiap manusia atas sebab dan dasar yang munasabah. Mana mungkin kita dicipta dengan sia-sia. Namun berapa ramai yang menyedari akan tugas dan tanggungjawab mereka dicipta oleh Allah??? Sedar tidak sedar , alpa dengan nikmat hidup yang sebenar dan manusia semakin hanyut dalam arus yang deras dan semakin lupa akan nikmat Allah yang sangat Hebat.. iaitu ISLAM.

Kedatangan Islam telah membawa banyak perubahan kepada alam. Dahulunya wanita itu dianggap sebagai symbol seks , hanya dibunuh dan dipandang hina di dalam masyarakat yang jahil dan dijadikan bahan peragaan , tetapi kewujudan islam telah meletakkan wanita pada tempatnya dan darjahnya mengikut ajaran Islam. Tarbiyyah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W kepada para pejuang islam jelas sekali membawa banyak kebaikan. Sudah menjadi tanggungjawab baginda untuk menyebarkan islam dan menyampaikannya.

"orang-orang yang menyampaikan risalah Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)"  - (Al-Ahzab : 39)

Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dan setiap dari mereka Allah ciptakan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. (kalo nk tulis secara detail panjang sangat pulak J). Ana kongsikan kepada sahabat-sahabat. Semoga sahabat-sahabat faham dan dapat menyampaikannya. =)


Tanggungjawab manusia dicipta adalah :


Ø  Tanggungjawab manusia adalah menyembah Allah serta beribadat kepadaNya.

"dan (ingatlah) tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu" - (Az-Zariat : 56)



Ø  Seterusnya tanggungjawab manusia adalah bagi menjalani hidup mengikut Manhaj Rabbani. Manhaj Rabbani adalah cara hidup seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Ianya juga dikenali sebagai Ad-Deen. Kehidupan mengikut manhaj rabbani adalah sebuah kehidupan yang tidak dicampurkan dengan kebatilan.

Barang siapa yang mencari selain daripada agama Islam , Maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi ” – (Ali-Imran : 85)



Ø  Dan tanggungjawab kita dicipta untuk memberikan wala’(taat) dan thiqah(percaya) kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta orang-orang Mukmin. Kerana orang-orang mukminlah saudara serta sahabat yang akan membantu kita di dalam kesusahan selain Allah dan RasulNya.

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat , dan mereka tunduk (kepada Allah)” - (Al-Maidah : 55)


Tanggungjawab dan tugas adalah perkara yang berbeza. Ramai orang menyangka Tanggungjawab dan tugas adalah benda yang sama sedang ianya berbeza sama sekali. Tanggungjawab adalah “kerja yang harus kita lakukan” manakala tugas adalah “misi yang perlu kita laksanakan”.

Tugas umat Islam adalah :

Ø  menegakkan Syariat Allah di bumi Allah S.W.T ini.

Ø Selain itu kita haruslah berdakwah mengeluarkan umat manusia daripada penyembahan taghrut kepada penyembahan kepada Allah S.W.T.

Ø  Kita harus mengeluarkan umat Islam dari kesempitan hidup kepada keluasan hidup serta membebaskan mereka daripada kekejaman kafir kepada keadilan Islam.

Namun wahai sahabat-sahabat apakah cara bagi kita dapat melaksanakan tugas yang diberi oleh Allah ini??. Kita mampu melaksanakan tugas ini melalui 5 perkara asas yang perlu ditekankan dalam sebuah gerakan.


1.    Keteguhan Iman

Keteguhan Iman yang tidak goyah dan rapuh dalam berjihad di jalan Allah. Jika iman kita kuat maka kita rela menyerahkan segala harta dan jiwa kita berjihad di jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang beriman  kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang-orang yang benar ” - (Al-Hujurat : 15)


2.    Keikhlasan Dengan Berniatkan Allah

Keikhlas dengan berniatkan Allah sangat penting kerana setiap gerak kerja hanya kerana Allah. Maka kerja akan menjadi amal. Keihklasan ini tidak mengenal erti berpura-pura mahupun menunjuk-nunjuk.

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan yang demikian itulah agama yang lurus ” - (Al-Bayyinah : 5)


3.    Keazaman Yang Teguh

Seorang Da’i tidak seharus berasa takut dalam menyebarkan dakwah. Dengan azam yang kuat maka seorang da’i dapat menempuh apa sahaja mehnah dan tribulasi yang dihadapinya. Mereka tidak ragu-ragu dalam menyebarkan Islam kerana mereka percaya Allah sentiasa bersama mereka.

Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah  Allah , mereka hanya takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain daripada Allah , dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan” - (Al-Ahzab : 39)


4.    Amalan / Gerak Kerja Yang Berterusan

Amalan gerak kerja ini tidak seharusnya berhenti separuh jalan. Jika gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Jadi bagi memastikan kesempurnaan gerak kerja kita tidak seharusnya mengenal erti putus asa dan lemah mahupun lesu tidak bermaya. Istiqomah dengan amalan dan yakin dengan janji Allah.

Dan katakanlah : Bekerjalah kamu , maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata , lalu diberitahuNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan “ - (At-Taubah : 105)


5.    Pengorbanan Yang Tinggi

Apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan yang tinggi adalah sanggup berjuang dan berjihad di jalan Allah. Seorang pejuang Islam hanya mempunyai 2 pilihan sahaja iaitu “Kemenangan” ataupun “Mati Syahid”. Mereka tidak ada pilihan untuk “menyerah kalah”. Itulah jihad dan pengorbanan demi Islam. “ Allahuakbar” =D

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga , padahal belum datang kepada kamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan , serta digoncang (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah , sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat “ - (Al-Baqarah : 214)

Wahai sahabat-sahabat sesungguhnya kemenangan tidak dapat dikecapi tanpa pengorbanan. Pemuda-pemudi yang berjuang di jalan Allah ketika usia mereka muda maka Allah menaikkan darjatnya. Mereka itu orang yang dekat dengan Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W
“sesungguhnya Islam itu datang dengan asing (dagang) , dan ia akan kembali asing”

Pada zaman Rasulullah S.A.W membawa Islam orang-orang kafir merasa Islam ini hanya agama rekaan Baginda S.A.W , oleh itu ianya asing kepada mereka kerana mereka tidak mengenal Islam dan Islam akan kembali asing kepada orang islam , kini Islam itu kelihatan pelik  dan asing. Apa yang dimakudkan melalui hadis Nabi S.A.W ini “dan ia akan kembali asing” seolah-olah merujuk pada zaman ini. Jadi wahai sahabat-sahabat marilah bersama-sama kita membawa islam kembali dan menegakkan syariat Allah.

Semoga Allah bersama-sama kita di dalam perjuangan.. Takbir !!! ALLAHUAKBAR… =)



Hasmin Al-Amin
(Selasa , 27 Disember 2011 , 6:17 PM)

2 comments:

  1. M'jadi ahli cO. kampus bukan skadar nak melahirkan amilin yg boleh bekerja utk cO. selepas graduate, tp utk menyediakan pelapis kepimpinan cO. yang bukan shj hadam dalam haraki, tp juga cendikiawan & pakar dalam bidang masing2..
    Tahniah..Gd jOb..!smg sma2 dpt improve dri dan org lain jgk..;)

    ReplyDelete
  2. alhamadulillah..insyaAllah..syukran sahabat.. ^.^,

    ReplyDelete