Wednesday 11 September 2013

Penulisan Dakwah : Pemergian Hasan Al-Banna , Jenazah Diusung Bapa Tercinta - Fitrah Seorang Perjuang -

12 Februari 1949... keadaan sunyi sepi... jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Pihak Polis menyampaikan berita kematiannya kepada ayah asy-syaheed. Dengan memberikan dua pilihan , sama ada pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada pukul 9 pagi tanpa sebarang perhimpunan atau jika tidak menerima tawaran pertama itu , pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu. 

Ayah Hasan Al-Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing , jenazah Asy-Syaheed dibawa ke rumahnya di Hilmiah Al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera yang berkawal rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Asy-Syaheed dibawa masuk ke rumahnya tanpa sesiapa yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui ketibaannya.

Syeikh Ahmad Abdul Rahman , Ayah Hasan Al-Banna yang sudah berusia 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengkafankan jenazah anaknya yang berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung , beliau memohon pihak polis mencari mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab "Biarlah orang-orang perempuan yang mengusungnya."

Polis tidak membenarlan sesiapa pun datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca Al-Quran. Ayah Hasan Al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Beliau dengan tiga orang anak perempuannya terpaksa mengusung jenazah anaknya itu menuju ke Masjid Al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak Polis terlebih dahulu telah pergi ke masjid dan memerintahkan orang-orang yang berada di situ supaya meninggalkan masjid. Syeikh Ahmad Abdul Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu.

Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan. Jenazah Asy-Syaheed diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. lelaki yang mngiringi jenazah Asy-Syaheed hanyalah bapanya iaitu Imam Ahmad Abdul Rahman Al-Banna dan Syeikh Makram Abid. Pada waktu itu usia Hasan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama dengan kematiannya. Isteri Hasan Al-Banna menamakannya "Istisyhad" yang bermaksud syaheed.

Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al-Banna , maka  bertambah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al-Banna. Mereka mencari anggota ikhwanul Muslimin dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka. Rumah Asy-Syaheed tidak terkecuali dari pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama 2 tahun. Tiada sesiapa pun yang dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al-Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan. Talian telefon di rumah berkenaan telah dipotong. Tidak cukup dengan itu , mereka akhirnya mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan rumah tersebut sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai , sedangkan rumah berkenaan masih dalam keadaan elok.



RINTIHAN SEORANG BAPA 
SHEIKH AHMAD ABDUL RAHMAN AL-BANNA KEPADA ANAKNYA HASAN AL-BANNA

Puteraku , Al-Syahid Hasan Al-Banna ,

Anas Bin Malik r.a  menceritakan detik-detik wafatnya putera Rasulullah S.A.W , Ibrahim , "Rasulullah S.A.W datang dan meminta anak kecil , kemudian baginda mendakap di dadanya." Anas menyambung ceritanya , "kedua mata Rasulullah S.A.W pun berlinangan air mata , kemudian Baginda bersabda :

maksudnya: 
Mata berlinangan dan hati bersedih , namun kami tidak mengatakan kecuali yang membuat Allah sentiasa redha. Demi Allah S.W.T kami semua berduka dengan kematianmu , wahai Ibrahim! "

Wahai anakku tercinta , dua gambaran tentangmu sentiasa terbayang di mataku.

Pertama : Ketika engkau masih menyusu dan usiamu belum mencapai enam bulan. Saat itu engkau tidur dengan ibumu , sementara aku baru pulang dari tempat kerja menuju ke rumah pada tengah malam. Ketika sampai di rumah , aku melihatmu sesuatu yang membuat hatiku bergetar ketakutan dan jantungku berdegup kencang. Seekor ular melilit badannya di sampingmu.

Ular itu mengangkat kepalanya ke arah kepalamu , jarak antara ular dengan kepalamu terlalu dekat. Jantungku seolah-olah ingin gugur kerana rasa khuatir yang amat sangat. Segera aku berdoa memohon pertolongan Allah. Sehingga Allah S.W.T meneguhkan hatiku menghilangkan rasa takut dariku , dan lisanku bergerak untuk mengucapkan beberapa wirid ruqyah yang berkaitan dengan gangguan ular.

Ketika wirid-wirid telah aku bacakan , maka ular pun bergerak dan kembali ke liangnya. Wahai anakku , Allah telah menyelamatkan engkau dari kejahatan ular , kerana kehendak yang telah ada dalam ilmu-Nya.

Kedua : Terbayang oleh aku saat engkau terkapar dan aku mengangkatmu di tengah malam , sementara darah segarmu mengalir dan tubuhmu cedera teruk. Ular-ular hutan takut untuk menyakitimu tetapi 'ular manusia' merobek-robek tubuhmu yang tidak berdosa. Sungguh, peristiwa ini benar-benar takdir Allah S.W.T. Keyakinan inilah yang meneguhkan hati dalam menghadapi musibah , membantu meringankan kesedihan , dan penglipur lara apabila berduka.

Aku membuka penutup wajahmu. Aku melihat ada cahaya bersinar dari wajahmu dan wajah ketenangan pada dirimu kerana menerima kurnia kesyahidan. Air mataku berlinangan dan hatiku bangga berbalut duka. Namun aku tidak mengatakan , kecuali apa yang membuat Allah redha, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un".

Wahai anakku , aku sendiri memandikan , mengkafankan, mensolatkan dan menghantarmu ke kubur. Tiada seorang manusia pun yang menyertaiku. Aku membawa separuh diriku , sementara separuh lagi tinggal di rumah.

Aku menyerah seluruh urusanku kepada Allah S.W.T kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat kepada hamba-hamba-Nya.

Wahai anakku , engkau telah mendapat kesyahidan yang selalu engkau mohon dalam sujudmu. Maka aku ucapkan selamat untukmu yang telah mendapat apa yang kamu minta.

Wahai anakku , terngiang-ngiang di telingaku hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya:
"Tiada seorang pun yang masuk syurga ingin kembali ke dunia meski ditukar dengan segala yang ada di bumi , kecuali orang yang mati syahid. Dia berharap kembali ke dunia hingga terbunuh 10 kali , kerana melihat kemuliaan"

Ya Allah muliakan tempat tinggalnya , tinggikan kedudukannya , jadikan syurga sebagi balasan dan tempat tinggalnya , janganlah halang kami untuk merasa pahalanya , jangan Engkau uji kami dengan fitnah sepeninggalannya ,serta ampuni kami dan dia.

Wahai kamu yang mengebal puteraku dan mengikut jejak langkahnya , sebaik-baik penghormatan kamu buatnya adalah mengenangnya , meneruskan aktivitinya dan mengikut langkahnya. Kerana itu , berpegang teguhlah dengan adab-adab Islam , kukuhkan ikatan Ukhwah , ikhlaskan niat dan amal hanya kerana Allah S.W.T. Amin.

Oleh : Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna
(Ayahanda Hasan Al-Banna)

*****



Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Asy-Syahid Imam hasan Al-Banna.. Saudara-saudara , namanya tidak pernah terpapar di muka akhbar , tidak pernah disebut di dalam televisyen dan tidak pernah kedengaran di radio.. namun dia adalah ikon pewaris Nabi yang berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir.. ayuh saudara seislam bangkit dan sedar !!!



"jika islam ibarat rumah yang  hampir roboh , aku akan mengembara ke pelusok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda , aku bukan mahukan bilangan mereka yang ramai , tetapi aku mahukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah." - (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)



Rujukan : Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil



Penulisan Dakwah :

Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Mohd Faisal Fadzil
Hasmin Al-Amin

11 September 2013 ,

5.12 pm            Rabu

Friday 6 September 2013

Penulisan Dakwah : Murabbi Sepanjang Zaman.. Nota Usrah buat Naqib/ah

Umaiyyah Bin Khalaf terus memukulnya dengan cemeti...

Dia tidak melawan.. sebaliknya terus diam.. senyap.. dia memejapkan mata menahan kesakitan...

"Siapa Muhammad??" , pekik si Umaiyyah Bin Khalaf , berang dengan hambanya itu..

Para pembesar mekah pada ketika itu melihat sambil tersenyum angkuh.. senyum sinis terukir di bibir mereka..

"Siapa Muhammad??"... Umaiyyah Bin Khalaf terus menanyakan soalan yang sama.. sebenarnya di sudut hatinya ingin hambanya itu mencaci Nabi Muhammad.. 

Namun si hamba tidak mahu mencaci baginda dan tidak mahu pula menjawab soalan Umaiyyah Bin Khalaf itu.. 

Umaiyyah Bin Khalaf naik berang.. terus... ditanggalkan baju si hamba.. lalu memakaikan dia dengan baju besi dan jemurkan dia di terik padang pasir... lalu diupahkan orang untuk mengheret si hamba ke seluruh kawasan kota Mekah..

Lalu , dihempapkan Batu ke atas badannya.... si hamba tidak melawan.. lalu dia terus dipukul dan di seksa.. Si hamba tidak tahu banyak perkara tentang Islam... Dia baru sahaja memeluk islam... Tetapi setiapkali disebat... kata si hamba " Esa !!... Allah Maha Esa!!... Esa!!.. Esa!! ".. Ahad.. Ahad...........

Dia , Bilal Bin Rabah.. sahabat nabi S.A.W... tidak banyak yang dia tahu tentang islam pada ketika dia diseksa.. namun apakah yang menyebabkan dia yakin pada Allah dan RasulNya???

Hanya berbekalkan kalimah syahadah yang diajarkan Rasulullah S.A.W sahaja , dia mampu mengharungi setiap ujian dari Allah S.W.T..

****

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. 

Selawat ke atas junjungan Baginda S.A.W..
Salam kepada para sahabat dan keluarga Baginda S.A.W..
Salam kepada para alim ulama' dan juga para ustaz-ustaz serta sahabat-sahabat seperjuangan..

Segala puji bagi Allah.. Dialah yang mengilhamkan penulisan ini.. setiap gerakan jari di atas 'keyboard' ini tidak lain melainkan dengan kehendak Nya.. Pengarang Penulisan Dakwah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian membaca blog ini.. janganlah dilihat kepada siapa penulisnya.. kerana penulisnya bukanlah orang terkenal , bukan juga alim ulama' ataupun ustaz.. tetapi sekadar insan biasa yang masih bertatih dalam medan dakwah.. Maka lihatlah kepada isi penulisannya... Semoga Bermanfaat...

Rasulullah S.A.W berdakwah menyebarkan kalimah syahadah selama 13 tahun di kota Mekah.. 13 Tahun.. hanya kalimah ini... tetapi hanya dengan kalimah ini sahaja mampu melahirkan insan-insan yang hebat.. Abu Bakr As-Siddiq , Bilal Bin Rabah , Khadijah Binti Khuwailid , Ali Bin Abi Talib , Sumayyah , Ammar Bin Yasir serta beberapa sahabat lain... Apa rahsianya???  bagaimana??

Kita hari ini walaupun sudah mengucap kalimah syahadah , tetapi apabila dikecam oleh musuh-musuh islam , kita sudah mula takut dan lebih teruk lagi ada yang sanggup murtad tinggalkan islam kerana takutkan mati.. apakah ini kerana salah dan silap tarbiyyah?? mengapa para sahabat sangat hebat sedangkan mereka hanya tahu kalimah ini??? 

Kerana Naqib para sahabat adalah MURABBI SEPANJANG ZAMAN... Nabi Muhammad S.A.W.. 


Kekuatan Aqidah dan Keteguhan Iman
Tarbiyyah Rasulullah S.A.W kepada para sahabat sangat berkesan.. sehinggakan para sahabat pasakkan keteguhan aqidah dan iman.. setiap kata mutiara yang dikeluarkan oleh baginda menjadi pedoman para sahabat sehinggakan Allah S.W.T menjanjikan syurga kepada mereka..

Usaha Baginda S.A.W dalam memastikan keteguhan iman dan kemantapan aqidah ini dijalankan dengan teguh dan tegar.. menolak rasa penat dan putus asa.. hasil usaha yang gigih itu melahirkan insan-insan yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah S.W.T.. yang hidup dan matinya hanya kerana Allah...

Mereka tidak berbelah bagi dalam soal hukum hakam , halal haram.. Taat kepada Allah dan Rasul , mereka sanggup bersusah di dunia demi kesenangan di akhirat.. Kekuatan Aqidah dan Keteguhan iman inilah yang menyebabkan mereka hebat di jalan Allah ini..


Kata dan Akhlak
Baginda Nabi S.A.W sangat berakhlak mulia... sehinggakan akhlak baginda diiktiraf oleh Allah S.W.T.. jika kita belajar ijazah serjana muda , kita akan mendapat sijil ijazah sebagai tanda kita sudahpun menamatkan pengajian di dalam ijazah.. Begitu juga Rasulullah S.A.W , akhlak baginda telah mendapat ijazah kelas satu yang sijil ijazahnya adalah Al-Quran.. 

"sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" - (Al-Ahzab :21)

Apa yang paling penting adalah Rasulullah S.A.W mengotakan apa yang baginda katakan.. tidak sesekali baginda melanggar apa yang baginda katakan.. Maka dari situ datangnya thiqah para sahabat.. 

"wahai orang-orang beriman mengapa kamu tidak mengerjakan tentang apa yang kamu katakan?"

"sangat besar kebenciannya di sisi Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
- (As-Saff : 2&3)

Apa yang Baginda Rasulullah S.A.W katakan , baginda akan amalkan...

Kasih Sayang sesama Mukmin
Bersikap lemah lembut dan kasih sayang sesama mukmin.. Baginda Rasulullah sangat lembut orangnya.. sentuhan baginda mampu melemutkan kekerasan sebuah batu.. sehinggakan setiap batu tempat baginda bersandar akan berlekuk mengikut bentuk badan baginda bagi memberikan keselesaan kepada baginda.. ini mukjizat Allah kepada Baginda...

Tarbiyyah Rasulullah S.A.W kepada para sahabat sehinggakan para sahabat menjadi penolong dan pelindung di antara satu sama lain.. Kasih sayang yang diajarkan baginda kepada sahabat sehinggakan para sahabat sanggup melebihkan sahabat yang lain.. inilah yang menguatkan umat islam.. inilah yang dibimbangkan oleh musuh-musuh islam.. apabila sampai satu tahap ukhwah saudara seislam melebihkan sahabat mereka dari diri mereka sendiri.. 

Kasih sayang ini mestilah berdasarkan keimanan kepada Allah.. kerana Allah.. bukan nafsu atau dunia..

"Dia (Allah) yang telah menyatukan hati-hati mereka , sekiranya engkau membelanjakan kesemua apa yang ada di atas muka bumi ini , sesungguhnya engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka akan tetapi Allah S.W.T telah menyatukan mereka , sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" - (Al-Anfal : 63)

Dakwah dan Jihad sebagai Sunnatullah Meraih Mardhatillah
Baginda Rasulullah S.A.W menjalani kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.. Dakwah dan Jihad sering sahaja menghiasi perjalanan hidup baginda.. Bagi memastikan islam terus tersebar , baginda sanggup mengorbankan banyak perkara.. inilah jihad yang baginda lakukan.. sehinggakan meninggalkan saudara-mara dan kampung halaman kerana dipulaukan.. namun wala' pada perintah Allah lebih baginda utamakan..

Di dalam perjuangan ini , kita tidak dijanjikan kesenangan dunia.. tetapi kita harus yakin dengan janji Allah.. pengorbanan yang kita lakukan pasti akan dibayar dengan ganjaran yang lumayan oleh Allah S.W.T.. Pengorbanan Masa , keseronokkan dan komitmen di dalam perjuangan sangat penting.. kerana di dalam islam bukan kuatiti yang kita kejarkan , tetapi kualiti.. ikhlas untuk Allah..

"jika islam ibarat rumah yang  hampir roboh , aku akan mengembara ke pelusok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda , aku bukan mahukan bilangan mereka yang ramai , tetapi aku mahukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah." - (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

Abu Talib berkata kepada Rasulullah :
“Muhammad, sesungguhnya para pembesar Quraisy datang menemuiku, mereka mengatakan begini dan begitu kepadaku. Maka Muhammad, janganlah kau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi. Muhammad, aku meminta padamu agar kau berhenti berdakwah, jangan lagi kau sebarkan Islam ini.”

Sabda Baginda S.A.W :
"Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, nescaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.”

****

Masih banyak lagi cara Rasulullah mendidik para sahabat.. masih banyak yang hendak dikongsikan.. namun penulisan dakwah berhenti di sini dahulu.. andai ada peluang dan masa , insyaAllah penulisan dakwah akan kongsikan lagi..

NOTA USRAH BUAT NAQIB /AH...... semoga bermanfaat.. selamat beramal...








Hasmin Al-Amin
Penulisan Dakwah
4.04 am  Sabtu