Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
warahmatullah
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah
s.a.w.bersabda :
"
Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali
tiga , sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau ANAK SOLEH
yang mendoakannya "
(HR
Muslim)
Baru-baru
ini ana telah terlbat dalam menguruskan sebuah Kem Motivasi Anak Soleh yang
diadakan di Madrasah Ibn Mas'ud , menyelami hati dan masalah adik-adik tidak
pernah mudah sejak dari hari pertama hingga hari terakhir program berjalan.
Tetapi hari demi hari adik-adik sedikit demi sedikit berubah hingga hari
terakhir mampu mengalirkan air mata kerana rasa cinta pada Allah dan ibu ayah.
Walaupun kita manusia tidak lari dari sikap ego dan sambong , tetapi jauh di
dasar hati manusia , Allah meletakkan perasaan cinta padaNya itu tidak pernah
hilang dari hambaNya. Walau jahat bagaimana pun kita perasaan itu tetap ada ,
hanya tidak ditimbulkan oleh kerana hati yang hitam dan gelap kerana maksiat
telah menenggelamkan cahaya cinta kepada Allah itu.. Kasihnya Allah pada
kita... Dia yang menciptakan kita.. Dia tahu segala yang baik dan buruk buat
kita..
(
Al-Baqarah : 216 )
Namun , Apakah asas paling utama bagi seorang anak soleh??
sudah
tentu perkara utama dalam segenap kehidupan mukmin , Iman dan aqidah yang mantap menjadi makanan tarbiyyah bagi
seorang anak soleh.
Aqidah
merupakan tali kita dengan Allah S.W.t.. Tanpa tali ini , manusia akan hanyut
dan terbiar tanpa arah tuju. Ibaratkan seekor lembu yang diikat tali dengan
sebatang kayu. Lembu tersebut tidak akan berkeliaran dan merosakkan tanaman
petani lain kerana terikat dengan kayu tersebut. Kayu yang diikat tali
tersebutlah yang mengawal lembu tersebut bagi memastikan ianya tidak
berkeliaran. Begitulah perumpamaannya dengan manusia , manusia harus menjaga
tali dengan Allah. Jika mereka terlepas dari ikatan dengan Allah , hidup mereka
akan hanyut dan terbiar tanpa tujuan hidup. Kehidupan menjadi lagha dan sia-sia.
"....
Sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu ,
sesiapa yang tidak percayakan taghrut , dan dia pula beriman kepada Allah ,
maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali agama) yang
teguh tidak akan putus dan (ingatlah) , Allah Maha Mendengar , lagi Maha
Mengetahui "
(Al-Baqarah
: 256)
”
Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah ”
(HR Bukhari)
Menyeru orang lain menuju kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar makruf nahi
mungkar) merupakan ciri-ciri anak soleh yang akan menyambung perjuangn
Rasulullah S.A.W. Mereka cintakan kebaikan dan bencinkan kemungkaran. Generasi
inilah yang berhak memimpin sebuah institusi keluarga , masyarakat dan
negara.
" dan hendakalah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada (berdakwah) kebajikan , menyuruh berbuat ma'ruf dan serta mencegah kemungkaran , dan merekalah orang-orang yang berjaya "
(Ali-Imran
: 104)
Selain
itu , anak soleh tidak
sombong , sopan , dan menghormati orang lain. Sesungguhnya Allah sangat benci
pada manusia yang sombong berjalan di atas bumiNya. Sebagai manusia yang kerdil
lagi bertaraf hamba di sisi Allah , siapalah kita hendak menunjukkan
kesombongan. Bersikap sopanlah apabila bertutur dengan manusia lain.
Menghormati orang lain merupakan perkara asas bagi menjadi anak soleh. Jangan
sesekali kita meninggikan suara kita kepada orang tua kita , malah hormati
mereka adalah perkara yang utama dalam membentuk peribadi muslim sejati.
"
Sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
(dibuat) olehnya , Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan
dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya ...... "(Al-Baqarah
: 286)
Banyak
lagi ciri-ciri anak soleh yang dapat disenaraikan. Sedikit ini sahajalah yang
termampu ana kongsikan. Jika taip lebih banyak akan menjadi lebih panjanglah
PENULISAN DAKWAH ini. Hadamkan apa yang termampu dahulu. Biar dapat sedikit ,
jangan tidak buat langsung.
Wallahualam
Akhi Arasy Masod Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud
Pembawakan Bro Fairuz begitu terkesan
Turut bersama Dr.Zulkifli Al-Bakri
Imam Muda Asyraf turut bersama di dalam kem motivasi anak soleh
Hasmin Al-Amin
(10.15am - 8 Jun 2012 - Friday)
No comments:
Post a Comment