Thursday 14 November 2013

Penulisan Dakwah : Pembunuhan itu , Mencetus Revolusi Ummah

Al-Ikhwan Al-Muslimin , ataupun Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan pada 1928 oleh Imam Hasan Al-Banna . Gerakan Ikhwan merupakan gerakan islam yang menjadi rujukan gerakan-gerakan islam di seluruh dunia dari zaman penubuhannya sehinggalah masa kini. Pengasasnya , Imam Hasan Al-Banna telah berjaya membentuk suatu manhaj tarbiyyah dan dakwah yang kontemporari yang sesuai dengan waqi'e peredaran zaman pada ketika itu. Secara tidak langsung gerakan Ikhwan telah melahirkan banyak ulama'-ulama' kontemporari seiring dengan proses perubahan ummah yang inginkan sebuah pemerintahan islam. Islam bukan sekadar agama , bukan sekadar pemerintahan , tetapi islam adalah sebuah Daulah (negara).

Demi merealisasikan islam dengan hukum-hukum Allah serta Syariat , Ikhwanul Muslimin telah mengambil langkah berjuang di medan politik bagi mendapatkan sebuah negara islam berserta syariat Allah. Gerakan Ikhwan di Mesir sangat hebat dan digeruni oleh pihak-pihak anti-islam.

Ini kisah pejuang.. kisah si syahid , Imam Hasan Al-Banna...

****


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Segala puji bagi Allah , Tuhan seluruh Alam.

Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W
ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Salam kepada Alim Ulama' , para ustaz-ustazah , sahabat-sahabiah yang berkunjung di blog ini. Di sini saya sebagai pengarang Blog Penulisan Dakwah ingin memohon kepada para-para ahli agamawan untuk menegur saya seandainya saya melakukan kesilapan sepanjang Penulisan Dakwah ini dijalankan. Sekiranya tuan-tuan merasakan apa yang dikarang di Blog ini berguna , maka ambillah isinya dan sebarkan. Tetapi seandai isinya bercanggah dengan Islam dan Syarak serta hukum-hukum Islam , maka hendaklah tuan-tuan meninggalkan isi-isi di BLOG PENULISAN DAKWAH ini. 

Semoga Bermanfaat


Kejayaan yang dikecapi oleh Ikhwanul Muslimin tidak disenangi oleh negara-negara barat seperti British. Negara-negara barat telah berpakat untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin. Cadangan itu telah diusulkan kepada kerajaan Negara Mesir pada ketika itu. Setelah mendapat persetujuan dari negara-negara berpengaruh , Kerajaan Mesir telah mengambil keputusan untuk membubar Ikhwanul Muslimin. Hal ketakutan negara-negara barat adalah kerana Ikhwanul Muslimin telah menghantar tentera di Palestin bagi membantu perperangan di sana. Kehebatan dan komitmen askar-askar Ikhwanul Muslimin menjadikan negara-negara berpengaruh itu gerun. Mereka melihat tentera-tentera Ikhwan memberikan suatu gelombang yang sangat hebat , sehingga sanggup melebihkan sahabat-sahabat mereka dalam medan perjuangan.

Pada 8 November 1948 , Perdana Menteri Mesir telah membubarkan Ikhwanul Muslimin. Tentera-tentera ikhwan di Palestin dipanggil untuk pulang ke Mesir. Setelah dibubarkan banyak tuduhan-tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin. Banyak anggota-anggota Ikhwanul Muslimin ditangkap , dipenjarakan , diseksa bahkan ada yang dibunuh. Kerajaan Negeri Mesir telah menyekat pergerakan Ikhwan Muslimin , bahkan cuba melumpuhkan gerakan tersebut.

Mereka tidak akan berjaya , kefahaman islam tetap terus tersebar ,

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." - (As-Saff : 8)

Dengan alasan untuk mengurangkan ketegangan politik yang berlaku di antara Ikhwanul Muslimin dengan Kerajaan Mesir , pihak kerajaan telah menjemput Imam Hasan Al-Banna untuk berunding di penjabat Jam'iyyah Al-Syubban Al-Muslimin. Pada 12 Februari 1949 , Imam Hasan bersama adik iparnya tiba di pejabat tersebut pada jam 5 petang. Mereka menunggu General Zaki , yang dikatakan mewakili kerajaan dalam perundingan itu. Namun kelibat General Zaki tetap tidak muncul. Segalanya telah dirancang. Hari itu hari pembunuhan Imam Hasan.

Mereka menunggu hingga solat Isya'. Setelah solat Isya' , mereka menahan teksi untuk pulang , ketika baru sahaja menaiki teksi , datang dua orang lelaki menerpa lalu terus menembak Hasan Al-Banna dengan iparnya. Adik ipar Imam Hasan Al-Banna tidak mampu untuk bergerak. Dengan izin Allah , berbekalkan kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah , Imam Hasan Al-Banna masih mampu bangun dan bergerak walaupun di tembak sebanyak 7 das tembakan. Imam Hasan masuk kembali ke pejabat Jam'iyyah untuk menghubungi ambulans dan mendapatkan bantuan untuk membawa mereka ke hospital.

Mereka sampai ke hospital. Namun mereka dikawal rapi oleh General Muhammad Jazzar. General Muhammad Jazzar telah melarang pihak hospital memberikan sebarang rawatan kepada Imam Hasan Al-Banna. Akhirnya Imam Hasan Al-Banna menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.50 a.m akibat kehilangan banyak darah.

Kerajaan Mesir terus-menerus cuba menghalang gerakan Ikhwan setelah pemergian Imam Hasan. Banyak ahli ikhwan yang diuji selepas pemergian As-Syahid. Namun rakyat mulai sedar dengan kematian Imam Hasan Al-Banna. Berlaku revolusi kebangkitan rakyat.

Walaupun mereka berjaya membunuh Imam Hasan Al-Banna , tetapi mereka masih tidak mampu membunuh apa yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna.


10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna

PENULISAN DAKWAH :

Hasmin Al-Amin
7.19 a.m
15 Nov 2013
Jumaat