Friday, 31 May 2013

Penulisan Dakwah : Anugerah Pelakon Terbaik


BISMILAHIRAHMANIRAH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang , segala puji bagi Tuhan sekelian alam .
 selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah S.A.W
sesungguhnya Dunia ini tidak lain melainkan tempat persinggahan sementara ke atas manusia. Dunia ibarat pentas lakonan bagi manusia. Ianya ibarat sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Allah S.W.T bagi melihat siapakah manusia paling bersyukur , paling beriman , paling bertaqwa dan paling terbaik akhlaknya. 

Andai ianya sebuah pertandingan sudah tentulah pemenang utamanya Baginda S.A.W. Namun kita masih berkelayakkan untuk menang di dalam Anugerah ini.. Dengan cara apa??.. Of course!! cara paling cool adalah dengan menghayati Islam sepenuhnya dengan hati dan jiwa. Melalui tarbiyyah , amal , akhlak dan ketaatan serta kecintaan kepada Allah dan Rasul. 

"(ingatlah) kehidupan di dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman dan juga bertaqwa , Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)" - (Muhammad : 36) 

"Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahan , jika dinilai dengan kehidupan di akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat adalah kehidupan yang sebenar-benarnya ; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak melupakan hari akhirat)." - (Al-Ankabut : 64)

Pertandingan , permainan dan hiburan ini menawarkan sebuah hadiah yang sangat super lumayan.. lumayan daripada Anugerah Bintang Popular yang menang beribu-ribu ringgit dan sebuah kereta mewah yang bewarna merah bergaya ala-ala Ferari tuh... lebih dasyat lagi daripada Anugerah Juara Lagu yang tak nak kalah dengan trophy yang berat dan mahal serta wang tunai beribu-ribu ringgit..  Lebih best bila mereka yang menang turut menjadi popular dan terkenal....

Tetapi ketahuilah , bahawa , pertandingan , permainan dan hiburan yang Allah S.W.T anjurkan ini lebih cooollll , power , superpower , super saiya dan segala superrrr !! lebih pada segala anugerah di dunia ini.. Hadiahnya adalah Syurga yang indah yang tidak pernah dilihat di dunia.. bahkan mereka yang layak akan mendapat jiwa yang tenang dan aman. 

"Hai Jibril, pergi dan lihatlah surga." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: “Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak seorang pun yang berjaya memasukinya.”"Hai Jibril, pergi dan lihatlah neraka." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: "Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak akan ada orang yang bakal terlepas dari api neraka." (HR Abu Daud)

Jadi untuk menjadi pemenang anugerah ini , haruslah kita mengamalkan islam secara total.. bukan ambil juzuk-juzuk tertentu sahaja. Ingatlah Dunia ini sekadar tempat persingahan sementara , akhirat jualah yang kekal abadi.

Anda sudah pun tersenarai dalam carta pelakon terbaik , tetapi adakah anda akan memenanginya?? hurmmm.... Allah S.W.T masih menawarkan tawaran yang hebat ini kepada anda.. jangan tunggu lagi untuk berbuat kebaikan.. Kita tidak fames masa di dunia , tetapi kita fames di akhirat nanti dan nama kita sentiasa di sebut-sebut oleh penduduk langit..

TAWARAN MASIH TERBUKA SELAGI ANDA MASIH BERNAFAS !!!
TAWARAN MASIH TERBUKA SELAGI ANDA MASIH BERNAFAS !!!

Apabila nyawa sudah terpisah dari jasad , anda hanya tinggal untuk tunggu hari anugerah sahaja.. kecuali dengan doa waris yang soleh , sedeqah jariah dan ilmu yang berpanjangan.. 

JOM JADI SUPER COOL + SUPER SAIYA dengan kemenangan sejati di akhirat nanti !!


Make sure you grab at least 1 trophy of Jannah keyh~.. 

Hasmin Al-Amin
1 JUN 2013
2.14AM    Sabtu

Sunday, 19 May 2013

Penulisan Dakwah : Usrah Asas Pembentukan Individu Islam

Bismillahirahmanirahim



Alhamdulillah.. Hari ini Allah S.W.T menggerakkan hati ini untuk menulis Penulisan Dakwah yang sekian lama tertangguh atas kesibukkan mengejar kemahiran dunia berbanding ilmu di akhirat. Allahurabbi.. Usaha dakwah ini seharusnya diteruskan walaupun sibuk di dunia , kita harus sibukkan diri untuk akhirat juga. 

Kelihatan hari ini lebih cerah langit , melihat senyuman adik-adik usrah ketika bertemu saya , saya merasakan cukup gembira apabila bertemu dengan mereka. Sama-sama berjalan menuntut dan mencari Ilmu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Luas ilmu NYA...


"Abang , kenapa kita kena  join  usrah? Penting ke?"

"Ah ! , saya pernah ikut usrah semasa zaman sekolah dulu , bosan jee.. tak nampak kegunaannya sekarang."

Senyum melihat gelagat adik-adik , saya melihat wajah adik-adik yang berbagai raut wajah. Ada 4 orang semuanya.. seorang pemalu , seorang berani , seorang pendiam , seorang suka bergurau..

tetapi alhamdulillah , Allah S.W.T gerakkan hati mereka bersama-sama saya di dalam usrah.

Saya mulakan perkongsian dengan asal usul usrah.. adik-adik mula melihat wajah saya dan fokus~

*********

USRAH BERMULA SEJAK ZAMAN BAGINDA S.A.W

Usrah bermula sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. Pada ketika itu Islam sangat sedikit dan lemah. Bilangan umat islam pada ketika itu lebih kurang 30 orang. Bagi memastikan islam terus tersebar , gerakan menyebarkan islam pada ketika itu dijalankan secara "SIR" iaitu rahsia dan "HAZAR" iaitu berjaga-jaga. Amatlah sukar pada ketika itu , para sahabat-sahabat terpaksa bergerak pada waktu tengah malam agar tidak dapat dikesan oleh kafir Quraisy yang mengamalkan agama nenek moyang menyembah berhala. Sedangkan Islam mengamalkan agama wahyu , iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah yang ESA.

Rasulullah S.A.W merancang untuk bertemu dengan semua sahabatnya. Tetapi tidak tahu di mana harus berkumpul dan selamat dari pandangan kafir quraisy. Lalu , seorang sahabat telah menawarkan rumahnya , dia adalah Abu Abdillah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Rumahnya berlokasi di bukit Safa , di tempat inilah para pengikut Muhammad belajar tentang islam. Sebelumnya rumah Al-Arqam ini disebut Dar Al-Arqam (rumah Al-Arqam) tetapi setelah dia memeluk islam ianya disebut Dar Al-Islam (rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama umat islam belajar tentang ilmu islam. Usrah dijalankan dan Naqibnya adalah Nabi Muhammad S.A.W.

USRAH INSTITUSI PENYEBARAN ISLAM MENGIKUT SUNNAH

Usrah terus tersebar walaupun selepas kewafatan baginda Muhammad S.A.W. Tersebar dan diteruskan oleh para sahabat , sehingga zaman khilafah ar-rasyiddin. Malah usrah terus tersebar sehingga zaman Turki Uthmaniyyah. Zaman kegemilangan Islam pada ketika usrah dijalankan sangat hebat.. Sehingga digeruni oleh pihak musuh dari barat , timur , utara dan selatan.

Sehingga seorang pengkhianat , Mustafa Kamel Attartuk , yang inginkan kuasa telah menjadi pengkhianat atas arahan british pada ketika itu , Mustafa Kamel Attartuk telah berpakat untuk meruntuh sistem khilafah. Apabila musnahnya sistem khilafah ini maka gerakan islam telah diharamkan , tiada lagi usrah , tiada lagi ukhwah. 'Racism' mula dipraktikkan dan tiada lagi perjuangan Islam melainkan perjuangan bangsa masing-masing.

IKHWANUL MUSLIMIN , MEMPERJUANGANKAN SYARIAT DAN AGAMA ALLAH

Beberapa tahun islam mula berpecah belah. Perjuangkan bangsa. Namun dalam kesibukkan memperjuangkan bangsa masing-masing , telah lahir insan bernama Hasan Al-Banna. Latar belakang keluarganya adalah islamik. Bapanya seorang ulama' , manakala imam Hasan Al-Banna pula sekadar seorang guru bahasa arab pada ketika itu. Namun didikan bapanya kepada adik-beradik Al-Banna , telah menyebabkan cinta keluarga ini kepada Islam sangat tinggi.

Melihat kepada berpecahnya umat islam , imam Hasan Al-Banna mula bernekad untuk  mewujudkan kembali khilafah islamiyyah bagi menyatukan umat islam kembali. Bagi memastikan khilafah islamiyyah dan Syariat Allah tertegak di bumi Allah. Maka dengan itu , Imam Hasan Al-Banna mewujudkan kembali sistem Usrah dan dijalankan seperti zaman Baginda S.A.W. Imam Hasan Al-Banna bersama adik-beradiknya bergerak dalam keadaan SIR dan HAZAR. Pada suatu malam Imam Hasan Al-Banna bersama para sahabat dan adik-beradiknya yang cintakan islam telah berbaiah kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Mereka berbaiah untuk meperjuangkan islam dan menyambung rantai perjuangan baginda S.A.W. Maka pada malam itu terbentuknya gerakan Islam bernama ikhwanul Muslimin.

HILANG PATAH , TUMBUH BERGANTI. 
AKIBAT SEBIJI BENIH GUGUR KE TANAH , TUMBUH POHON YANG BESAR.

Ikhwanul muslimin semakin hebat. pengaruhnya semakin besar. Hal ini menyebabkan kerajaan gerun pada ketika itu melihat gerakan islam ini mula menjadi tumpuan masyarakat. Pihak kerajaan pada ketika itu sangat takut ikhwanul muslimin dalam menumbangkan kerajaan. Lalu mereka telah memboikot gerakan ikhwanul muslimin.

Akibat gerakan Ikhwanul Muslimin semakin hebat di bawah pimpinan Imam Hasan Al-Banna pada ketika itu , pihak kerajaan telah merancang untuk membunuh Imam Hasan Al-Banna. 

Pada suatu malam , Imam Hasan Al-Banna bersama abang iparnya baru sahaja pulang dan ingin menahan teksi. Apabila teksi berhenti , imam Hasan Al-Banna ditembak sebanyak 7 das tembakkan di tubuhnya. Lalu dia terbaring kerana ditembak bertubi-tubi sehingga 7 kali. Namun Imam Hasan Al-Banna tidak gugur , dia masih dipinjamkan oleh Allah sedikit kekuatan untuk bangun bersama abang iparnya. Dengan darah yang mengalir , Imam Hasan Al-Banna masih mampu berjalan ke hospital untuk dirawat. Namun semakin sedih apabila hospital itu memboikot Imam Hasan Al-Banna atas arahan kerajaan. Mereka tidak mahu merawat Imam Hasan Al-Banna. Akibat hilang terlalu banyak darah , Imam Hasan Al-Banna telah syahid pada malam itu.. Allahuakbar...

Kematian Imam Hasan Al-Banna telah menjadi tumpuan masyarakat. Akibat dibunuh , rakyat mula sedar dan bangkit. Bangkit menentang kerajaan yang memerintah pada ketika itu.. Akibat seorang pimpinan gugur , telah menyebabkan rakyat yang ramai bangkit inlah yang dikatakan akibat sebiji benih gugur ke tanah , tumbuh pohon yang besar.


*********

selesai berkongsi , saya tersenyum melihat adik-adik usrah..

"eh ! kenapa??"

mereka mula menundukkan pandangan... sedih mendengar kisah ini. ada yang berair matanya mendengar kisah seorang pejuang syahid ditembak.

hari ini mereka akhirnya tahu asal-usul usrah.. 

"adik-adik , usrah itu mempunyai matlamat , bukan untuk suka-suka. Kita berkumpul pada hari ini kerana Islam , atas arahan dan ketaatan kepada Allah Azza Wajalla. Syariat Allah wajib ditegakkan , islam wajib dinobatkan."


Individu yang mengamalkan nilai-nilai islam (Fardhul Muslim)
Keluarga yang mengamalkan nilai-nilai islam (Baitul Muslim)
Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai islam (Mujtama' Muslim)
Negara yang mengamalkan nilai-nilai islam (Daulah Islamiah)
Setiap negara mengamalkan nilai-nilai islam , seterusya seluruh Dunia 
mengamalkan nilai-nilai  , konsep-konsep dan hukum-hakam islam 
(Ustaziatul Alam)


Jika kita selaku individu sendiri tidak mengamalkan apa yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah S.A.Wvseperti yang tersurat di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Bolehkah kita mendapatkan sebuah keluarga yang sa'adah? persekitaran yang sihat dan makmur? , apatah lagi seterusnya..


Tepuk dada jangan tanya selera , kerana selera itu nafsu , tetapi tanyalah iman..

so...!! tepuk dada tanya iman keyh~


Hasmin Al-Amin
20 May 2013
Isnin      1.12PM

Monday, 8 April 2013

Penulisan Dakwah : Awalludin Makrifatullah (Awal agama adalah mengenali Allah)


      
 Menemui si pembaca , terima kasih , kerana sudi meluangkan masa lagi di dalam penulisan dakwah ini. saya harapkan kalian terus istiqomah di dalam perjuangan , walaupun sedikit , tetapi yang sedikit dan istiqomah itulah yang menjadi kebaikan buat kita dan timbangan di akhirat kelak.. ^__^

       Setelah termenung lama , hujan membasahi tingkap bilik semakin renyai dan reda.. semakin reda.. dan semakin reda.. hingga tidak menitis lagi air dari langit ilahi yang luas..hati berbisik "alhamdulillah" saat itu. Bibir mengukir senyuman , tatkala melihat satu pelangi indah tersergam di luar tingkap , meluas , tidak nampak penghujung pelangi. Langit disebarkan dengan 7 warna pelangi. Terlupa rasa stress dan tension pada ketika itu.

        Saya lalu keluar dari bilik dan bergerak ke padang mencari penghujung pelangi , terus ikut dan ikut hinggalah sampai di padang , saya melihat hujung pelangi masih jauh seolah-oleh menutupi seluruh bumi. Subhan-Allah.... matahari mula mencorakkan cahayanya di langit bumi , membiaskan cahayanya ke wajah hamba Allah.. Saya lalu membuka selipar dan menjejakkan kaki ke lantai bumi , rumput masih basah , terasa kesegaran rumput yang basah. Lalu saya berjalan hingga ke tengah padang. 

    Angin bertiup kencang.. Saya merasainya.. mendongak ke langit melihat burung berterbangan.. lalu saya memejamkan mata mencari ketenangan.. Hati berbisik , "subhanAllah , hebatnya nikmat Allah". Angin bertiup seolah berbisik di telinga... Lalu tersenyum , pada saat dan ketika itu Allah telah mengurniakan saya satu ilham melalui ilmuNya. Maka tercetuslah sebuah lagi penulisan dakwah saya yang bertajuk : "Awalludin Makrifatullah" (Awal agama adalah mengenali Allah).. Bacalah dengan nama TuhanMu (Allah).. Mulakan dengan Bismillah...


****

Mahasuci Allah tuhan sekelian Alam , segala puji bagi Allah , Dia lah yang memiliki segala-galanya di langit dan bumi , empunya diri dan segala-galanya. "Allah" itulah nama yang sentiasa meniti di bibir setiap yang mengucapkan kalimah syahadah.. Mudah menyebut , tapi berapa ramai antara kita hari ini yang benar-benar beriman dengan Allah ?? Rasulullah ??...

Pengarang Penulisan Dakwah hari ini ingin menyingkap rahsia kasih sayang Allah yang sering kita pandang sepi.. Kita seringkali memikirkan Allah di saat-saat susah.. Namun ketika Dia memberikan kesenangan kepada kita , apakah kita sudah lupa dari mana kesenangan itu?? pada saat itu kita lupa kesusahan itu dari Allah , dan kesenangan itu juga dari Allah... Namun apabila kita peroleh kesenangan kita lupakan Dia..


Allah menciptakan alam berperingkat dan begitu banyak sekali.. Wallahualam.. namun manusia akan melalui beberapa alam , alam roh , alam rahim , alam dunia dan alam berzakh.. Sebelum Allah menciptakan janin dan meniupkan roh ke dalam rahim ibu , kita telah berdialog dengan Allah "Benar , Engkau Tuhan kami , kami menjadi saksi"...inilah janji yang kita lakukan ketika itu.. maka Allah telah firman di dalam kalam suci Quran :

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi (tulang belakang mereka) dan Allah S.W.T mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya befirman , "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab , "betul (engkau Tuhan kami) , kami menjadi saksi" - (Al-A'raf 172)

Wahai pembaca yang disayangi Allah , sesungguhnya kasih sayang Allah Maha Luas melimpahi segalanya-galanya , manusia beriman mahupun kufur , haiwan mahupun pokok , bumi mahupun alam semesta.. Inilah yang kita sebut sebagai Al-Wadood "the all-loving".. Wahai si pembaca yang disayangi Allah , sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia sejak dari penciptaan Adam A.S lagi..

Di saat Adam A.S diciptakan , Dia memerintahkan segalanya tunduk hormat kepada 
Adam A.S.. Seluruh malaikat tunduk patuh kepada perintah Allah , namun iblis yang sombong dan angkuh enggan mengikuti perintah Allah.. Lalu kemurkaan Allah telah menetapkan bahawa iblis adalah penghuni neraka , dan iblis diusir dari syurga Allah..

Wahai orang yang membaca , untuk siapakah itu??? kerana siapakah Allah mengusir Iblis keluar dari syurgaNya??? bukankah untuk kita... Ya kerana Manusia... kerana Allah menyayangi manusia.. Allah melebihkan manusia dari segala makhluk yang lain.. Subhan-Allah.. lalu tanyakan kepada dirimu , apakah yang kau lakukan untuk Dia??...

Sesungguhnya Allah telah meletakkan satu titik di dalam hati manusia , satu titik tanda perjanjian dan kesaksian sebagai hamba ketika di alam roh.. titik itu wujud di dalam hati dan jiwa setiap insan di dunia ini. Dalam sedar atau tidak , titik itulah yang mewujudkan rasa cinta kepada Allah. Namun titik itu akan ditutupi oleh titik hitam seandainya kita melakukan maksiat..

Oleh kerana titik itu , kita sering kembali kepada Allah seandainya kita tersasar dari landasan.. Wahai si pembaca , di saat kau dalam kesusahan , nama siapakah yang keluar dari mulutmu?? saat kau berhadapan dengan musuhmu , nama siapakah yang keluar dari mulutmu?? saat kau sakit , nama siapa yang kau sulamkan di dalam hati dan bibirmu?? saat ajalmu hampir menjemputmu , nama siapakah yang kau bisikan di bibirmu?? Allah...Allah... Allah... Allah... Allah... 


Wahai  si pembaca.... APAKAH KAU MASIH ANGKUH DAN SOMBONG KEPADA ALLAH S.W.T.....??? apakah tidak cukup kasih sayang yang Allah berikan sejak kau di alam roh..

Setelah kau dilahirkan di Bumi Allah , kau lupa akan perjanjian kau denganNya.. kau mula sombong.. ibadah dan amalanmu sudah mula berkurangan.. kau mula lupakan Dia... kau muak dengan perintahNya.. kau malas dengan Al-Quran.. kau bosan dengan solat , kau menolak syariat Nya.. astaghfirullahalazim...


Marilah bersama-sama kita menyingkap diri mencari di mana Allah di dalam hati ini?? adakah ruang untuknya lagi?? atau sudah penuh dengan maksiat..



Hasmin Al-Amin
April 8  (isnin)

Wednesday, 16 January 2013

Penulisan Dakwah : Jangan Merajuk Wahai Da'ie


Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang , yang mengurniakan kita dengan nikmat Iman , nikmat islam , nikmat kesihatan dan nikmat hambaNya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar baginda Nabi S.A.W dan keluarga serta para sahabat. Salam kepada para Alim Ulama' , ustaz-ustaz dan para sahabat-sahabat seperjuangan , seakidah dan saudara-saudara se-islam semuanya..  Alhamdulillah hari ini ana , dikurniakan sebuah ilham untuk menulis kembali Penulisan Dakwah ini. Ilham ini datang dari Allah S.W.T yang Maha Luas Ilmunya , nescaya jika ditulis dengan 7 lautan di dunia , masih tidak cukup maka kering kontanglah laut..

Pernah ana katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang ana alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Ana cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…


Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.
Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, ana sedang diuji. Begitu juga dengan kamu, dan kita semua. Lalu untuk memujuk hati ketika menerima tarbiyyah Ilahi ini ana nukilkan tulisan ini untuk ana dan kita semuanya… Tajuknya: "jangan merajuk wahai Da'ie"

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena , sehinggalah wujudnya cita-cita menegakkan Islam di atas bumi Allah di dalam diri setiap individu dan insan. Apatah lagi setiap jiwa raga yang menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T dan menggelar diri mereka Amilin atau Da'ie. Mereka yang berada dalam kerangka itu haruslah lebih-lebih lagi menunjukkan kesungguhan di dalam sesuatu perkara , bagi mengelakkan fitnah terhadap Islam.
Begitupun hal itu susah untuk dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di bawah takdirNya. Mudah saya katakan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.



Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, merajuk dengan hasil dan hikmah dari Allah , maka carilah hikmah apapun yang dirakamkan  di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam kehidupan seorang da’ie.


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya , sembahlah Allah Yang Maha Esa dan tinggallah berhala yang tidak bernyawa. Jauhi perbuatan yang sia-sia. namun , Seruan Nabi Yunus A.S tidak diterima , Nabi diejek dan Nabi dihina. Baginda tidak berputus asa. Walau dicaci walau dihina. Akhirnya Nabi merasa hampa.

"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim." (Al-Anbiya': 87)

Umatnya masih menderhaka. Lalu Nabi Yunus pergi membawa hati. Ke tepi pantai seorang diri. Kapal pedagang Baginda menumpang. Membawa diri ke rantau orang. Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya.

Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu terkena dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Lalu , kesedihan beliau bertambah.
Malangnya laut bergelombang. Hampir karam ditengah lautan. Lalu pedagang membuat keputusan untuk meringankan kapal. Mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan pemberat di kapal. Segala harta di campak di dalam lautan , tetapi takdir Allah menetapkan suatu tarbiyyah buat Yunus A.S. Kapal masih berat , jadi pedagang mengambil keputusan mencampakkan manusia ke dalam laut melalui undian. Bila diundi Nabi merelakan. Terjun ke laut penuh bergelora. 
Menjadi pencaturan Allah , memerintahkan seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus A.S.  Sesudah Yunus A.S terjun , ikan Nun tersenyum dan menyempurnakan ketaatan kepada Allah lalu menelan Yunus A.S.. Baginda ditelan ke perut Ikan Nun. Gelap gelita tidak terkira.  Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Namun tubuhnya masih mampu bergerak , dia tahu dia masih hidup. Sedarlah Baginda akan silapnya. Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa. Menangislah Nabi penuh duka. Memohon Ampun dari Allah S.W.T kerana meninggalkan kaumnya dan bersikap putus asa dari kaumnya. 

"Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (Hud: 87)Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu merasakan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah S.W.T melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah S.W.T mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (as-Shaffat: 139-148)


Inilah kisah yang menjadi pengajaran kepada para da'ie yang merajuk dengan ketentuan Allah. Sebagai Da'ie janganlah kita lari dari medan Dakwah hanya kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat kita. Ingatlah Allah tidak memandang kepada hasilnya , tetapi Allah melihat kepada usaha yang dibuat.


Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan diri. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira perih getir dan cacian dan hinaan , kerana setiap langkah di atas jalan ini (Dakwah) adalah kejayaan. 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – (Surah Ali ‘Imran:139)


-Hasmin Al-Amin
(Rabu , 7.06 PM , 16 Jan 2013)

Monday, 6 August 2012

Penulisan Dakwah : Badar Al-Kubra , Janji Allah Itu Pasti

Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang , yang mengurniakan kita dengan nikmat Iman , nikmat islam , nikmat kesihatan dan nikmat Ramadhan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar baginda Nabi S.A.W dan keluarga serta para sahabat. Salam kepada para Alim Ulama' , ustaz-ustaz dan para sahabat-sahabat seperjuangan , seakidah dan saudara-saudara se-islam semuanya..  Alhamdulillah hari ini ana , dikurniakan sebuah ilham untuk menulis kembali blog Penulisan Dakwah ini. Ilham ini datang dari Allah S.W.T yang Maha Luas Ilmunya , nescaya jika ditulis dengan 7 lautan di dunia , masih tidak cukup maka kering kontanglah laut..


Segala isi Penulisan Dakwah ini jika baik maka ambillah dan kongsikan , jika ianya bertentangan dengan syariat Allah maka buangkannya sejauh-jauhnya. Segala kesilapan dan kekasaran sepanjang penyampaian diharapkan saudara-saudari memaafkan. 

Badar Al-Kubra , peperangan pertama umat islam merupakan penentu kepada penyebaran Islam. Usaha Nabi S.A.W dalam meyebarkan islam tidak tergendala di situ kerana pertologan dari Allah. Sungguh Janji Allah itu benar-benar belaka..



" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman jiwa dan diri mereka dengan memberikan kamu syurga , mereka berjuang di jalan Allah maka ada yang membunuh dan terbunuh . Sebagai janji Allah di dalam kitab-kitab Taurat , Injil serta Al-Quran dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah ? Oleh itu , bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan dan ketahuilah jualan itu ialah kemenangan yang besar " (At -Taubah :111)



Abdullah Ibn Jahshin telah menyerang angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh kaum Quraisy sebagai cabaran hebat kepada mereka.  Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami ketika serangan itu seharusnya dibela. Rasulullah menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela.  Lantaran itu Baginda telah mempersiapkan angkatan untuk bertempur.



Bermulanya peristiwa bersejarah ini pada tahun kedua hijriah. Baginda S.A.W bersama 313 orang  tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak menyekat persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan kaum Quraisy telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah. Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad.  Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan.  Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini.  Ada diantara mereka yang tidak ikut tetapi mengutus orang suruhan (Hamba) mereka untuk ikut serta.



Rasulullah telah menghantarkan sahabatnya untuk menyiasat tentang kekuatan musuh. Lalu dua orang sahabat dihantar dan menyiasat. Hasil dari penyiasatan itu , baginda S.A.W telah menganggarkan kekuatan musuh 900 hingga 1000 orang. Rasulullah pada waktu itu merasa bimbang setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu tentera islam ada yang mengundur diri.  Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asalnya mereka dari madinah adalah hendak mengejar unta-unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang dilarikan oleh Abu Sufyan.

Nabi Muhammad S.A.W mengadakan musyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, kita bertempur dengan musuh!”.  Diikuti pula dengan Umar r.a.  

Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah apa yang Allah telah perintahkan padamu! Maka kami serta bersamamu.  Demi Allah, kami tidak akan berkata kepada engkau seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu iaitu : " Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk termenung saja..!!."  Pergilah engkau bersama Tuhanmu! Dan berperanglah engkau bersama Tuhanmu.  kami sesungguhnya bersama engkau dan Tuhanmu.  kami ikut berperang.  Demi Allah, jikalau engkau berjalan dengan kami sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kami berjuang bersamamu daripada yang lainnya.  Kami akan berperang dari sebelah kananmu dan di antara hadapanmu dan belakangmu."

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:


“Berjalanlah kamu dan bergembiralah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji. Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy.”

Ketika berhadapan dengan tentera musuh , tentera-tentera islam berdiri di dalam Saff yang kukuh.. 313 tentera membentuk seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh dan kuat berhadapan dengan 1000 orang Quraisy yang kucar-kacir. Sungguh itulah kekuatan umat islam seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam surah As-Saff :



"Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan agamaNya  dalam keadaan tersusun kukuh , mereka ibarat sebuah bagunan yang tersusun kukuh " (As-Saff : 4)


Pertempuran berlaku dengan begitu dasyat. Nisbah bagi tentera islam 1:3 melawan tentera quraisy. Rasulullah semakin bimbang , tetapi baginda terus-menerus berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan pertolongan. Baginda berbicara dengan Allah S.W.T yang maha Kuasa :



“ Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau.  Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.” 


Bilakah pertolongan Allah akan datang ? Rasulullah S.A.W melihat keadaan perang , keadaan semakin menekan tentera islam untuk terus bertahan. Rasulullah S.A.W tidak henti-henti berdoa.

Tiba-tiba Rasulullah terasa sesuatu di dalam kepala.. Lantas terduduk dan seperti orang pengsan secara tiba-tiba buat seketika. Tubuhnya menggigil  dan terketar-ketar seperti orang dalam ketakutan. Beberapa seketika baginda kembali seperti biasa , dan bangun kembali lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a:


" Gembiralah wahai Abu Bakar.  Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda "


Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan bersabda bahawa jaminan tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga.  Tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya.

Melihat kepada keadaan perperangan itu tentera islam melihat tentera-tentera Quraisy tiba-tiba seolah-olah dipancung , dan rabah secara tiba-tiba tanpa ada orang yang memancungnya. badan tentera Quraisy rebah dan nyawa mereka melayang tanpa ada orang yang berlawan dengan mereka. Rasulullah S.A.W melihat bahawa itulah tentera Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T yang turun dari langit ibarat hujan yang tiada henti. Allahuakbar !!

Tentera-tentera islam terus melaungkan " Esa ! , Esa ! Esa ! "  

Tentera-tentera Quraisy lari meninggalkan Badar selamatkan diri..

Tentera Islam Menjulang panji Islam. Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Kisah perperangan Badar Al-Kubra menjadi iktibar kepada kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Puasa bukanlah alasan bagi kita untuk tidak menjalankan amanah serta taklifan yang telah diberi oleh Allah S.W.T. Bahkan , Ramadhan merupakan bulan kemenangan bagi umat islam. Banyak peristiwa yang boleh kita pelajari di dalam bulan Ramadhan selain Nuzul Quran dan Badar Al-Kubra.



Apa yang pasti Janji Allah dalam membantu tentera Islam ketika perperangan ditepati oleh-Nya. Allah S.W.T tidak akan memugkiri janjiNya..



"...Sebagai janji Allah di dalam kitab-kitab Taurat , Injil serta Al-Quran dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah ? .... " (At-Taubah : 111)


" Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam perperangan Badar , sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sikit bilangannya dan kurang alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah , supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). " (Ali-Imran : 123)


Hasmin Al-Amin
[Isnin , 15.10 pm , 6 Ogos 2012 (17 Ramadhan) ]

Monday, 4 June 2012

Penulisan Dakwah : Anak Soleh


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullah

Segala puji bagi Allah , Dia yang mengilhamkan segala kebaikan dan Dia jugalah yang mengilhamkan kefasikkan. Maka beruntunglah sesiapa yang mensucikan kebaikkan dan rugilah siapa yang mengotorkannya. Selawat atas junjungan besar baginda S.A.W yang tidak putus-putus kasih dan sayangnya pada umat baginda. Para tuan guru , alim ulama' , imam-imam besar ,  sahabat-sahabat seperjuangan dan saudara seakidah , dengan rasa rendah diri ana minta saudara sekelian menegur segala salah dan silap sepanjang PENULISAN DAKWAH ini berjalan samaada dari segi pengisian mahupun ucapan-ucapan yang menyimpang. Jika isi PENULISAN DAKWAH ini berguna dan baik maka , kongsikanlah kepada orang lain , tetapi jika saudara mendapati pengisiannya tidak baik dan lagha , maka tegurlah ana dan nasihatkanlah.

" from zero to hero ".. bukan mudah hendak mengubah manusia.. bukan mudah hendak menyentuh hati mereka.. tetapi merekalah yang bakal mengubah dunia akan datang , penyambung kepada rantaian perjuangan Rasulullah S.A.W. Merekalah generasi yang akan mencorak dunia Islam selepas kita. Itulah ANAK SOLEH/SOLEHAH..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w.bersabda :

" Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga , sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau ANAK SOLEH yang mendoakannya "    
(HR Muslim)  

Baru-baru ini ana telah terlbat dalam menguruskan sebuah Kem Motivasi Anak Soleh yang diadakan di Madrasah Ibn Mas'ud , menyelami hati dan masalah adik-adik tidak pernah mudah sejak dari hari pertama hingga hari terakhir program berjalan. Tetapi hari demi hari adik-adik sedikit demi sedikit berubah hingga hari terakhir mampu mengalirkan air mata kerana rasa cinta pada Allah dan ibu ayah. Walaupun kita manusia tidak lari dari sikap ego dan sambong , tetapi jauh di dasar hati manusia , Allah meletakkan perasaan cinta padaNya itu tidak pernah hilang dari hambaNya. Walau jahat bagaimana pun kita perasaan itu tetap ada , hanya tidak ditimbulkan oleh kerana hati yang hitam dan gelap kerana maksiat telah menenggelamkan cahaya cinta kepada Allah itu.. Kasihnya Allah pada kita... Dia yang menciptakan kita.. Dia tahu segala yang baik dan buruk buat kita..


"..... boleh jadi kamu benci tentang sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan baleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) , sedang kamu tidak mengetahuinya "
( Al-Baqarah : 216 )  
  
Namun , Apakah asas paling utama bagi seorang anak soleh??
sudah tentu perkara utama dalam segenap kehidupan mukmin , Iman dan aqidah yang mantap menjadi makanan tarbiyyah bagi seorang anak soleh. 

Aqidah merupakan tali kita dengan Allah S.W.t.. Tanpa tali ini , manusia akan hanyut dan terbiar tanpa arah tuju. Ibaratkan seekor lembu yang diikat tali dengan sebatang kayu. Lembu tersebut tidak akan berkeliaran dan merosakkan tanaman petani lain kerana terikat dengan kayu tersebut. Kayu yang diikat tali tersebutlah yang mengawal lembu tersebut bagi memastikan ianya tidak berkeliaran. Begitulah perumpamaannya dengan manusia , manusia harus menjaga tali dengan Allah. Jika mereka terlepas dari ikatan dengan Allah , hidup mereka akan hanyut dan terbiar tanpa tujuan hidup. Kehidupan menjadi lagha dan sia-sia. 

".... Sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu , sesiapa yang tidak percayakan taghrut , dan dia pula beriman kepada Allah , maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali agama) yang teguh tidak akan putus dan (ingatlah) , Allah Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui "
(Al-Baqarah : 256)

Rajin beribadat berdoa kepada Allah dan mendoakan kedua ibu bapa merupakan unsur utama anak soleh. Manusia ibarat besi , apabila tidak digilap dengan minyak ianya akan berkarat , begitulah perumpamaannya dengan manusia. Manusia harus rajin beribadat kepada Allah. Ianya ibarat makanan rohani bagi manusia , jika tidak ada tarbiyyah rohani , manusia akan lalai dan semakin tidak menjaga hubungan dengan Allah. Lantas mengabaikan Nya. Mendoakan kedua ibu bapa adalah pekara yang tidak pernah dilupakan bagi anak soleh. Ini sahajalah cara kita membalas jasa kedua ibu bapa kita. Tidak mungkin kita dapat membalas jasa ibu yang membawa kandungan selama 9 bulan , berkongsi makan dan minum , tidur yang terganggu , berjaga tengah malam. Mana mungkin kita dapat membalas jasa ayah , dia menghantar ke sekolah , dia memberi pendidikan kepada kita , dia menjaga keselamatan kita. Apakah masih ada anak yang membuat ibu bapanya menitiskan air mata??? Istighfar wahai saudara..


Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :
” Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah ”
(HR Bukhari)

Menyeru orang lain menuju kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar makruf nahi mungkar) merupakan ciri-ciri anak soleh yang akan menyambung perjuangn Rasulullah S.A.W. Mereka cintakan kebaikan dan bencinkan kemungkaran. Generasi inilah yang berhak memimpin sebuah institusi keluarga , masyarakat dan negara. 

" dan hendakalah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada (berdakwah) kebajikan , menyuruh berbuat ma'ruf dan serta mencegah kemungkaran  , dan merekalah orang-orang yang berjaya "
(Ali-Imran : 104)

Selain itu , anak soleh tidak sombong , sopan , dan menghormati orang lain. Sesungguhnya Allah sangat benci pada manusia yang sombong berjalan di atas bumiNya. Sebagai manusia yang kerdil lagi bertaraf hamba di sisi Allah , siapalah kita hendak menunjukkan kesombongan. Bersikap sopanlah apabila bertutur dengan manusia lain. Menghormati orang lain merupakan perkara asas bagi menjadi anak soleh. Jangan sesekali kita meninggikan suara kita kepada orang tua kita , malah hormati mereka adalah perkara yang utama dalam membentuk peribadi muslim sejati.

Selain itu bersabarlah dalam menghadapi kehidupan dan bencana yang datang. Beriman pada qodo' dan qadar itu rukun iman yang harus difahami dengan baik. dalam kedupan ini segala ujian itu tarbiyyah buat diri. Tidak ada seorang pun yang tidak diuji. Itulah tanda Allah sayang pada kita. Tidak semuanya indah , tidak semuanya seperti yang dirancang. Namun setiap ujian Allah itu Allah letakkan pada kemampuan kita.

" Sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya , Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya ...... "(Al-Baqarah : 286)

Banyak lagi ciri-ciri anak soleh yang dapat disenaraikan. Sedikit ini sahajalah yang termampu ana kongsikan. Jika taip lebih banyak akan menjadi lebih panjanglah PENULISAN DAKWAH ini. Hadamkan apa yang termampu dahulu. Biar dapat sedikit , jangan tidak buat langsung. 

Wallahualam

Akhi Arasy Masod Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud


Pembawakan Bro Fairuz begitu terkesan

Turut bersama Dr.Zulkifli Al-Bakri

Imam Muda Asyraf turut bersama di dalam kem motivasi anak soleh

Imam Muda Najdi

**Semoga air mata adik-adik menjadi saksi di hadapan Allah kelak...


Hasmin Al-Amin
(10.15am - 8 Jun 2012 - Friday)